Shopping Raya ^^
Ahad, 29 Julai 2012 • 1:17 PTG • 0 comments Assalamualaikum + Annyeong haseyo !! Hallo you all . cer tengok pic kat atas tu ? ha macam ni lah gaya anim . edit blog , main facebook & tweet . hehe . Ha you all dah beli baju raya ? tahun ni warna apa ? agak agak sama tak warna baju dengan anim ? fuhh banyak tanya betul kan . kalau anim bosan anim asyik tanya kat member . hari tu anim tanya kat member . baju warna ape ? balik kg tak ? macam macam lah sampai member yang anim kurang suka tu cakap . perghh fatin banyak tanya sehh . anim kata ah suka hati aku ah . ala anim ni kan SPY dan MUKA TEBAL . eh asal muka tebal ? sebab kalau anda buat sesuatu yang malu kan . mesti kawan anda atau sapa sapa cakap kat anda malu lah tu ? then anda pon malu . but anim tak hehe kadang kadang je lah malu . tu lah sebab anim panggil diri anim muka tebal hehe . okay lah dah . ha anim nak cerita pasal semalam . semalam anim bershopping hehe . letih sungguh semalam . nak cari parking pun dah nak dekat 30 minit . hurmm dah dapat parking . kakak cakap yeah dah kite dah dapat parking . anim pun cakap dalam hati hehe . yela lama sangat takut tak sempat hehe . pastu dah sampai Plaza Shah Alam (PAS) . jalan jalan tengok baju . tempat dia keci so sikit lah orang jual kan . then anim pergi SACC Mall Shah Alam . bile masuk je dengar orang tazkirah . hurmm bagus2 tenang hati . then lagi mama kata . anim masuk primavera . anim kata ha tak dengar . pergi primavera . padahal dengar tapi cuma nak pasti . yela terkejut tibe2 mama ajak masuk . tak kan lah mama nak beli kasut primavera untuk aku ? OMK memang sangat terkejut . mama tak pernah beli kasut primavera untuk anim . so terharu hati hehe . bile masuk je mama suruh pilih . tengok je macam tak ade je yang anim nak . jalan ke depan mama tunjuk kat anim . anim kata tak nak . mama kata abis yang mana . pastu kakak tunjuk kat anim perghh cantik nya . anim kata ma nak yang ini . mama kata pergi mintak saiz kat kakak tu . anim suruh kakak anim pergi hehe malu . bile dah try hurmm cantik nya macam kasut cerita ROOFTOP PRINCE hehe . mama kata nak ambek warna pe ? anim kata nak warna merah . mama kata tak kan nak pakai warna merah . anim kata ala nak warna merah cantik . tapi mama suruh amek warna hitam sesuai pakai baju warna apa2 je . tapi anim memang minat warna merah sebab iye nampak macam mahal . warna hitam nampak cam murah sikit hehe . then anim tak puas hati anim pakai warna merah sebelah kiri yang hitam sebelah kanan . ha amek kau . anim tengok cantik pula bile pakai sebelah lain . anim tanya mama . ma boleh tak amek sebelah lain . mama kata ish mana boleh . anim gelak haha , pastu mama tanya sekali lagi nak yang mana ? anim jawab warna merah hehe . last2 amek warna merah juga . dah bayar keluar apa lagi . dengan bangga nya bawak beg primavera haha . Selepas itu pergi Kompleks PKNS Shah Alam pulak . cari baju . mula mula cari baju tapi pergi beli kasut dulu haha . then jalan sambil tengok baju . pergh baju kurung biasa mahal bukan cantik sangat pun . pastu tu jalan lagi kakak kata dik ni cantik . anim kata hurmm bukan cantik pun macam langsir je . haha jahat betul mulut anim . bile anim jalan ke depan kakak cakap dik baju tadi yang kau kata macam langsir tu RM800 . ha terkejut beruk anim . gile betul lah . biasa je kot cuma baju , kain dia cam langsir . grr cekit darah betul . hurmm biar lah . then jalan jalan . fuh cantik nya baju tu tapi mama tak suka . hurmm jalan ke depan sikit anim dengan kakak pergi kedai itu haha . cantik dohh baju tu terus beli auww . ha nak tahu warna ape ? warna pink hehe . orang jual tu kata . adik kena amek warna ni sesuai dengan adek . sebab warna remaja kan . mama kata hurmm dia memang suka warna pink pon . orang tu gelak . anim senyum je lah . eh kakak warna ape ? ohh lupa sekejap dengan kakak . hehe kakak warna kuning . ala kuning tak kuning lah . kakak suka warna kuning sekarang dulu ungu . tapi anim tak penah tukar warna lain . asyik warna pink je hehe . dah bayar pergi cari tudung pulak . tapi tak jumpa kat tempat situ . so pergi pas balik . cari kedai makan . dah booking , dah bayar . then cari tudung pulak . jalan2 je nampak tudung tu terus beli hehe senang je kan . ha ni lah beg kasut primavera dengan beg baju . fikir baju beg plastik padahal beg kertas . tapi beg tudung plastik je tak kan nak masuk juga hehe . thanks baca entri kali ini . ha apa lagi komen lah tak kan baca je ? okay lah assalamualaikum !! |
▶ MY WORDS ◀
▶ GIVE ME YOUR WORDS ◀
▶ OTHERS ◀ ▶ BLOG ARCHIVE ◀ |